BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

me...

me...

Tuesday, November 29, 2011

Bertabahlah Hati ini...


suram...
sesuram gerimis di hati..
mengapa kau menangis wahai diri...
merasakan dunia tidak lagi bereeti..
adakah kau meragui kasihnya ILAHI..
mengapa tidak yakin ALLAH ada bersamamu..
kau mencari-mencari..
meraba-raba dalam gelap hatimu
bingung, nanar dalam ramai..
tak mengerti mengapa ini yang harus kau hadapi..
kau menanti, bilakah akan diperolehi apa yang kau harapkan..
merasakan DIA lagi endah padamu..
tidak lagi sudi memandangmu..
Jangan begitu, wahai diri..
dengarkan apa kata TUHANMU..
"Hai anak Adam", Sesungguhnya engkau, selama mana engkau berdoa..
dan berharap kepadaKU'..
Aku ampuni bagi engkau di atas dosa yang ada pada engkau..
dan aku tidak peduli..
'Hai anak Adam' ,Kalau telah sampai sekalian dosa engkau ke awan langit..
kemudian itu, engkau memohon keampunanKU..
nescaya aku ampuni bagi engkau'....
Wahai diri engkau jiwa yang baik..
jiwa yang rindu..
cuma engkau keliru..
mengapa masih terus menzalimi dirimu...
sedangkan dirmu tidak berhak disakiti..
jasad dan rohmu anugerah terindah dari ILAHI...
maka mengapa tegar dilukai..
engkau jiwa yang kebal, yang lali pada ujian..
engkau sebenarnya bercita-cita tinggi..
lalu mengapa memilih untuk terus disakiti..
jangan begitu wahai diri..
sungguh, engkau sentiasa punya satu lagi pilihan..
iaitu kemnbali kepada luasnya kehidupan bertuhan..
kembali berteduh di bawah redup kasih ILAHI..
kembali kepada DIA...
usah takut wahai diri..

p/s : antara percaya atau tidak, sesungguhnya DIA YANG MAHA MENGETAHUI... aku berserah padaNYA.. lindungi insan ini dari segala perkara yang buruk YA ALLAH...huhu =(

2 comments:

el leeya said...

be strong ckin.. ada hikmahnya suma nie...

Krishna Kumar Govindasamy said...

Thanks for your useful information. Never expect this much of foods are GMO, and yet Malaysia allows this kind of foods exist in market.