BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

me...

me...

Sunday, December 9, 2012

Sesungguhnya semua itu adalah rezeki..

Sesungguhnya apa yang dikurniakan itu semua rezeki..Bagaimana kita menggunakan rezeki itu untuk menggambarkan kegembiraan atau kedukaan menentukan perjalanan hidup kita... Alhamdulillah untuk result praktikal ku, walaupun tak secermelang orang lain.. Pengalaman yang aku dapat semasa praktikal melebihi apa yang aku cari untuk resultku.. Realiti kehidupan seorang guru sangat berbeza dengan apa yang aku selalu bayangkan dan belajar di universiti.. Menjadi seorang guru memerlukan kesabaran yang tinggi, lebih dari apa yang ada dalam diri aku sebelumnya. Aku sedar, aku bukan seorang yang mempunyai kesabaran yang tinggi, aku cepat marah jika ada sesuatu yang aku tak boleh terima keadaanya. Walaubagaimanapun pengalaman 4 bulan sebagai seorang guru banyak mengajar aku menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya..Bukan bermaksud sekarang ini aku sangat baik tapi untuk perspektif diriku, hatiku mengatakan aku telah berubah sedikit dari sebelumnya.. Pernah suatu hari semasa aku berpraktikum, aku keluar kelas dengan linangan air mata disebabkan oleh perangai pelajar-pelajar sekarang yang sangat teruk..Tak semuanya tapi untuk kelas yang aku kena relief tu memang perangai pelajar-pelajarnya sangat teruk. Namun apabila aku nilai balik, tak semuanya salah pelajar-pelajar tu, sebenarnya benda tu berpunca daripada aku juga. Pada awal-awal aku masuk kelas, aku dah mind-set kan yang kelas yang aku akan masuk tu teruk.. Ditambah dengan kejadian yang menimpa aku sebelum aku masuk ke kelas tu, merosakkan mood aku untuk mengajar. Aku dituduh tak masuk kelas oleh pihak atasan sekolah, padahal itu adalah kesilapan pihak pejabat yang salah memberi masa untuk kelas yang perlu aku relief. Kesabaran aku pada waktu tu memang teruji, sampaikan aku ada keberanian melawan balik semua tuduhan tu. Kesannya, aku masuk kelas dengan jiwa yang tidak tenang dan keluar juga dengan jiwa yang tidak tenang. Apa yang aku dapat belajar dari kejadian tu, kawalan emosi aku perlu dipertingkatkan dan jiwa aku sebagai guru perlu pernambahbaikan....Pengalaman suka dan duka sebagai seorang guru akan aku kenang sampai bila-bila...



Wednesday, December 5, 2012

Dugaan demi dugaan..

"semua yang dirancang tak menjadi"
Betul lah kita boleh membuat perancangan tetapi ALLAH yang menentukan segalaNYA..
sedih tu memang sedih..satu-satu perkara datang menimpa..
mungkin ini hanya dugaan kecil untuk diriku..
berbanding dengan dugaan yang ALLAH beri pada penduduk di Palestin sana..
Kadang-kadang terlalu lemah untuk menghadapi semua ni..
namun apabila fikir balik, dugaan ini mematangkan kita sebenarnya..
mungkin kita boleh buat yang terbaik dari apa yang kita nak selepas ini..

- Every exit is exit to somewhere.. Never ever ever give up..

Saturday, March 3, 2012

Kembali menghitung..

tik tok..tik tok...
semangat semakin luntur..
tik tok..tik tok...
dibawa angin berlalu pergi...
kembali menghitung masa dahulu..
sedangkan masa pantas berputar...
segalanya makin menghampiri..
mengejar aku yang pantas berlari..
tik tok...tik tok..
kembali menghitung kelajuan diriku....
walaupun jejak aku sudah terhapus..
dibawa deruan ombak merempuh..
menghapuskan segala kenangan hidup
tik tok...tik tok..
aku kembali mengitung...

p/s : perhitungan masa kehidupan... takkan dapat diputarkan kembali dan takkan dapat dipercepatkan.. lumrah roda hidup dunia... (bertabahlah hati).....



Monday, February 27, 2012

Patah Hati..


KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
RUPA HILANG SERI
MANAKAH MANISNYA

KAU TIDAK SEPERTI DULU
YANG KU KENALI DULU
MADAH TAK BERLAGU
MANAKAH GIRANGNYA

PATAH HATI
JANGAN TERDAMPAR SEPI
JANGAN TERSUNGKUR MATI
PATAH HATI
JANGAN LEBURKAN MIMPI
JANGAN MEMAKAN DIRI

BUKANKAH TUHAN CIPTAKAN MALAM
UNTUK BERADU MENANTI SIANG
BUKANKAH TUHAN TITISKAN HUJAN
MENANTI LIMPAH KEMARAU PANJANG

Thursday, February 23, 2012

Kehilangan seorang kawan....

Hari ni aku sangat terkejut dan sebak sekali mendengar pengkhabaran daripada teman-temanku bahawa seorang sahabatku semasa di matrikulasi dulu yang juga merupakan pakwe ex -roomateku kat matrik meninggal dunia. Roomate aku cakap arwah jatuh bilik air dan terus koma semalam. Tapi hari ini dia dah tiada di dunia ni. ALLAH lebih sayangkan dia. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin~ al-fatihah...


p/s: AJAL MAUT datang tanpa mengira usia...YA ALLAH, jika aku dijemput olehMU biarlah tika itu aku sangat berada rapat dan selalu sujud padaMU...huhu... hari yang sangat sedih. moga ex-roomate matrikulasiku, izati tabahkan hatimu... 

Wednesday, February 22, 2012

Cinta Madinah...

Kembali kita berjauhan
Salam terpisah
Senyum tertahan
Rindu berbuah
Sayangmu merendang

Jauh begini hati teruji
Cinta Madinah dalam lembayung
Dalam terlarang
Tersinar yang agung
Bertopang cinta padamu nabi

Di bumi Madinah
Menjadi saksi
Cinta Madinah mekar berseri
Sinaran malar terik mentari
Dijurai dingin malam
Terukir setiamu

Kunjungan rindu
Mengatur alam rindu
Cinta Madinah menyebar harum
Menyebar semarak dalam kasih yang subur
Semarak dalam kasih cinta madinah....

Tuesday, February 21, 2012

Hari ini milik anda...

Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh kerana itu, anda tidak perlulah memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya, Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang. Hari yang saat ini mataharinya menyinari anda, dan siangnya menyapa anda, membuat anda mampu memandang alam sekitar. Itulah hari anda, maka manfaatkan hari itu sebaik-baiknya! Maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja, atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.....

p/s : Jangan bersedih - La Tahzan...

Sunday, January 8, 2012

Insan Datang dan Pergi..


Sepanjang hidup kita, tidak terkira insan-insan yang hadir dan yang pergi. Ada yang hadirnya hanya seketika seperti bayu. Dia datang dan pergi begitu sahaja tanpa terkesan apa-apa dan mungkin kita tidak perasan pun akan kehadirannya, begitu juga dengan dia.
Ada pula yang datang dan begitu setia dengan kita tetapi kita tidak rasa pun kepentingan dirinya untuk terus bersama kita. Malah kadangkala mungkin kita rasa lebih baik dia tidak wujud daripada dia tidak memberi apa-apa manfaat untuk kita sehinggalah dia pergi buat selama-lamanya.
Ketika itulah baru kita rasa betapa dia sangat penting untuk kita. Pada masa itu, baru kita perasan kebaikan yang dia pernah buat untuk kita atau untuk insan-lain lain di sekeliling kita.
Pada masa itu juga, sudah tidak guna kita menangis kekesalan kerana tidak menghargai kewujudannya. Hanya doa dapat kita hadiahkan agar dirinya dirahmati di alam sana.
Ada pula yang sentiasa di sisi kita. Di saat kita susah dan juga senang. Dia sanggup buat apa sahaja untuk kita. Namun bagi kita, dia tidak lebih daripada tempat untuk meluahkan perasaan, tempat yang kita cari apabila menghadapi masalah tetapi di saat kita bahagia atau berjaya, kita seakan-akan terlupa akan kewujudannya.
Namun dia masih setia. Bila-bila masa sahaja kita cari dia, dia pasti ada untuk kita tetapi kita perlu tahu, dia juga manusia. Mungkin dia pernah makan hati dengan sikap kita. Cuma di hadapan kita, dia mungkin cuba sembunyikan perasaan itu sebaik mungkin.
Seandainya kita masih dungu, tidak mustahil suatu hari nanti dia akan membawa diri meninggalkan kita. Oleh itu, hargailah kewujudannya selagi mana dia masih di sisi kita.
Ada pula yang hadirnya berbeza dengan apa yang kita duga. Mungkin kita rasa dekat sangat dengannya membuatkan kita rasa mahu sahaja selalu bersama dengannya tetapi kita tidak tahu dalam hati dia mungkin dia rimas dengan kita. Kadangkala kita dapat capai dan genggam tangannya, tetapi belum tentu hati dia, kita dapat selami.
Mungkin kadangkala kita dapat melihat dia ketawa, tetapi kita tidak tahu apa makna disebalik senyumannya. Mungkin dia memang tidak suka berkongsi duka dengan sesiapa atau dia sememangya dia tidak percayakan kita.
Apabila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya, walhal kehadiran kita langsung tidak disenangi dan mungkin juga secara tidak sedar kitalah sebenarnya yang membuatkan dia menangis. Dalam keadaan seperti ini, kita perlu sedar, sebenarnya kehadiran kita banyak menyusahkan hidupnya. Kita perlu faham dia mungkin tidak sampai hati untuk memberitahu kita supaya meninggalkannya dan jangan menyusahkan hidupnya.
Ada juga yang hadirnya memberikan sinar dalam hidup kita. Apabila berada bersamanya kita rasa begitu tenang dan kita rasa tidak mahu berpisah dengannya. Kita sanggup lakukan apa sahaja agar dapat bersamanya. Kita jaga hati dia agar dia tidak terluka. Kita sanggup jadi tempat dia meluahkan segala masalah dia.
Kadangkala kita sendiri tidak sedar yang kita telah menjadi seorang yang sangat baik apabila bersama dengannya tetapi akhirnya, tanpa sebarang sebab, tiba-tiba kita ditinggalkan. Kadangkala kita langsung tidak faham dan tertanya-tanya, kenapa kita ditinggalkan?
Kita rasa kita sudah lakukan yang terbaik untuknya tetapi masih ditinggalkan. Kesannya mungkin sangat mendalam kerana kehadirannya benar-benar bermakna dalam hidup kita. Dalam keadaan ini, kita mungkin akan berubah sepenuhnya. Hati kita cukup terluka sehingga tidak sanggup untuk membuka hati kita untuk kehadiran insan lain.  Kita juga tidak akan mendengar apa sahaja nasihat daripada insan-insan lain di sekeliling kita, hanya masa yang dapat menyembuhkannya.
Ada pula yang hadirnya menyembuhkan luka kita. Hadirnya banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kita agar meneruskan kehidupan. Dia umpama pakar kaunseling untuk kita. Dia banyak mengingatkan kita, menyedarkan kekurangan kita dan mengubah tabiat buruk kita yang mungkin menjadi penyebab kenapa kita ditinggalkan.
Secara tidak sedar, kita sudah pulih daripada luka lama di atas nasihat dan sokongan darinya. Pada pandangannya, mungkin dia ingat kita sudah boleh berdiri sendiri dan mungkin dia rasa kita dah betul-betul pulih. Lalu dia meninggalkan kita.
Bagi kita pula, selama ini kita harapkannya akan terus bersama dengan kita. Kita hanya kuat apabila dia ada bersama kita, sedangkan dia tidak tahu sebenarnya segala kekuatan dan ketabahan itu ada bersamanya. Apabila dia pergi, maka hilanglah kekuatan itu dan kita terus mencari diri. Terasa sudah tidak percaya lagi kepada sesiapa pun, terasa ingin hidup sendiri, berdikari dan tidak mahu bergantung hidup pada sesiapa pun.
Tanpa kita duga atau tanpa kita harapkan ada pula insan yang sebelum ini pernah meninggalkan kita kembali semula ke pangkuan kita. Namun hati kita sukar kita fahami. Mungkin dengan senang hati kita dapat terima dia semula atau mungkin juga kita tidak dapat terima dia kerana sememangnya kita tidak pernah maafkannya kerana meninggalkan kita.
Dalam hati kita meraung dan bertanya, kenapa baru sekarang, bukan tiga atau empat tahun dahulu?
Mungkin juga hati kita dah tersangat keras atau sudah mati. Hati kita sudah tidak dapat terima dia lagi walaupun kita sudah memaafkannya lama duhulu. Mungkin juga dengan kehadirannya semula membuatkan hati kita yang masih berparut kembali terluka kerana dengan kehadirannya menjadikan kita ingat semula kedukaan lalu yang sebelum ini sudah terpadam dalam memori hidup kita.
Begitulah rencah dunia, kita tidak akan tahu siapa kawan dan siapa lawan sehinggalah sampai satu masa kita jatuh. Adakah tangan itu akan menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkannya.
Kita tidak perlu risau memikirkan tangan mana yang akan menghulurkan bantuan dan tangan mana yang akan berpeluk tubuh dan seterusnya meninggalkan kita di saat kita sangat-sangat memerlukannya kerana apabila kita ikhlas menghulurkan tangan tidak kira kepada sesiapa pun, pasti akan ada tangan lain yang akan menghulur di saat kita memerlukan biarpun tangan tersebut bukanlah tangan yang pernah kita bantu dahulu.
Oleh itu, lebih baik kita bersifat ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada manusia. Berharaplah hanya untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Kita juga perlu sentiasa ingat, hidup kita sentiasa berputar. Jika kita pernah meninggalkan seseorang atau melukakan hati seseorang, tidak mustahil kita juga akan dilukai dan ditinggalkan suatu hari nanti dan mungkin kita akan dapat yang lebih teruk daripada apa yang pernah kita lakukan pada orang lain.
p/s: artikel yang sangat bagus untuk dibaca..Kadang-kadang apabila kita rasa marah dekat seseorang , semua yang dibuat nampak buruk pada pemerhatian kita..hati manusia sangat subjektif- mudah untuk marah mudah untuk meluahkan rasa kasih sayang. Apabila kita marah pada seseorang, ingatlah kita pun bukan manusia yang sempurna. pasti ada melakukan kesilapan juga dalam hidup ini. Jadi selagi dia masih bersama kita, hargainya sebelum dia pergi meninggalkan kita....