BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

me...

me...

Saturday, January 29, 2011

yeay2..balek kg lagi...


huhu mlas sudah mau baca buku..(pinjam bear ko jap dik) hehe

inilah reason why saat ini (my entry) yg paling ditunggu2 oleh semua org especially student yg bergelar mahasiswa n mahasiswi..
walaupun da biasa berada berjauhan dengan keluarga..tp setiap kali cuti aty akan terlonjak2 gumbira.. sangat gumbira..=)

senyum cam anak patung "sihat sejahtera" adek ak..

sebab pe ak suker blek kg??
mestila sebab utama nak jmpa parent, adek beradek ak..
dan ader satu sebab ag ak suka blek kg, kerna pantai..
pantai disni membuat ak tenang..
deburan ombak, bunyi burung2 dan hembusan angin disini..
semuanya mengembalikan kenangan ...
maybe sebab ak da biaser tinggal di kawasan pantai..
al maklum la tg malim xde pantai..
xley la ak nak meluahkan perasaan..
haha perlu ke hanya ke pantai sebab nk luahkan perasaan, tempat laen xbley?
bley tp seperti ku kata sebab tempat itu istimewa...
perasan x entri ni by word "sebab" hihi..=p


hembusan ombak yg menenangkan ak...


pulang bersama hasil tangkapan...best kan..=)


'terukir namaku di pasir-pasirMU yg halus mulus'


tapi ader satu ag sebab ak suka blek kg..
sbb ak suka mkan chicken wing kat satu restoran ni..
name kdai ni.. "thai seafood"
sos kat cni mmg sedap..
bg ak xley lwan kedai laen..


chicken wing yg sgt sedap- tq ayah mak (luv u!!!)

skunk ak da sampai kat umahku di negeri tercintaku kelantan....
bley la ak jalankan aktiviti ak seperti di atas sampai ak puas aty..
kalo bley cam mak ak ckp bia sampai termuntah..haha..=p


p/s : mak masakkan tomnyam, bley ?? benda yg xpernah ak miss kalo blek kg..=)

Tuesday, January 18, 2011

Kelebihan Solat Berjemaah Mengikut Teori Fizik

Assalamualaikum...
Islam itu indah kan..
setiap apa yang kita lakukan mesti ada kebaikannya..
di sini saya ingin berkongsi dengan pembaca semua mengenai kelebihan solat berjemaah...



Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah
membuat satu kajian tentang kelebihan solat
berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya
tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu
cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian
kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah
tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku
pertukaran cas positif dan cas negatif, yang
menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita
rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti
seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan
semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap
normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan
di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan
solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang
didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang
tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang
berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan
cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat
berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu
bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan
yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai
berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan
yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli
jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan
menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh
tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama
ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala
yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin
lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas
dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari
tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat
setelah berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita
mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir
seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit
lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh
dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2
rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan
memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil
akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh.
Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran
cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan
untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan.
Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk
memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran
cas dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang.
Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali
tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan
cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat
solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang
kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja
kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang
banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan
pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya
dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai
dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2
waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang
solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya,
pada waktu malam kita tidak banyak melakukan
aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses
pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat
keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat
dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam
amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun
menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya,
solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan
cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita
bangun malam (qiamullail) .

Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa
Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa.
Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai
hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu
sendiri. Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan
betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan
hidayah Allah beliau memeluk agama Islam...

Islam tidak pernah menyusahkan dan membebankan umatnya..
sama2 la kita lebih mendalami tentang islam yang sebenarnya...=)

Wednesday, January 12, 2011

hari ini dan semalam....

semalam hati terguris....
arini masih ag berbekas ..
lebih dalam lebih pedih...
sahabat sejatiku..
kau tinggalkan aku kerna saat itu..
kau diam seribu bahasa
kau jauhi ak kerna terguris..
tapi sedarkah kau hati insan laen juga terguris dalam saat itu..
di mana janjimu dalam bersahabat...
temaN!!!!!!


selagi hati ni boleh menerimamu..
ak akan menerima...
tetapi kalau suatu hari nanti sudah tiada lagi untuk dirimu..
maaf sejuta kata tiada dapat dilafazkan..
kerna kau bukan lagi orang yang kusayangi dan bukan jua orang yang kudendami...

Sahabat sejati....

p/s: bukankah bagus kalo semuanya macam dulu....

Sunday, January 9, 2011

Buat sahabat-sahabatku...

                     ~ pohon inilah yang menjadi teduhan di kala sunyi ~

Dan sahabat Ibarat Pohon Yang Melindungi



NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

p/s : Ingatlah kawan jika masih rasa dia diperlukan...jangan tinggalkan dye bersendirian menerus arus dunia ni hanya kerna kamu telah bertemu dengan orang baru yang mungkin akan hilang di sisimu buat suatu hari 6t tp tidak kawan yang sejati yg akan menemanimu hingga ke akhir hayatnya...=)

Friday, January 7, 2011

lonely i'm mrs lonely!!!

uhhhhhsss....
tibe2 rase nak sendiri...
xnak saper2 ganggu...
or lbih tepat ag leave me 'alone'
terasa sem ni kosong, kosong seperti dinding bilik kolejku yg putih 'suci'..
(putih la sangat)
terasa cam kawan2 sedang menjauhi ak, or sebenarnya ak yg menjauhi dyeorg..
sunyi sgt2 sekarang...........

                                                     "sunyi tanpa segalanya"

sunyikah  ak kerna jauh dengan mak ayahku..huhu
walaupun memang dah bertahun2 ak berada jauh di perantauan mengejar cita2..
sunyikah sbb kerna pergi kelas sorang2, blek sorang2, sumenya sorang2...
walaupun sume tu ak pernah lalui suatu masa lalu...
tetapi tetap terasa kosong....
mcm teh kosong yg tiada gula..
pahit dan rasanya pekat sampai kedalam aty..

p/s : mayb ak da nak p jauh kot...

Thursday, January 6, 2011

kenapa kamu pilih jadi budak SaiNs?

Semalam dalam kelas kmia, pensyarah ada bertanya kpada kami... soalan cepu emas...hik3..

pensyarah : Kenapa kamu semua pilih nak jadi budak sains?? bukan ke sains 2 susah??
kami : berpandangan antara satu sama lain (sambil berfikir pe reasonnya)
pensayarah : xkan kamu xtaw sbb pe kamu pilih bidang ni ? mesti de sebab kan?
kami : masih lagi diam seribu bahasa sambil memikirkan jawapan yg paling sesuai untk diberikan          
 kepada lecturer..
pensayarah : kamu lambat.. sebenarnya kalo kamu tanya sy kenapa saya pilih bidang ni sy pun xtaw nak  jawab, mgkin sbb minat tetapi itu adalah jawapan yg biasa yg memang selalu kita dengar...
kami :  xpham la dr?? maksud dr?
pensyarah : sebenarnya ade banyak reason knapa kita ambik bidang sains.. mgkin sains itu jiwa kita,ataupun  secara xsengaja cam sy.. (sambil ketawa)
kami : ketawa walaupun agak tidak faham...
pensyarah : sy amik bidang ni sbb kawan baek sy ajak sy amik skali ngan dye..sbb kami kawan baek sy     pun ambik la bidang sains ni. lama2 sy belajar makin sy jatuh aty dengan bidang ni...jd wlaupun apa reason awk amik bidang ni, awk kena blajar untuk menyukai apa yg awk ceburi.. believe me science is interesting..
kami : oooo, ok dr..

blek drpda klas tu sy berfikir blek pe yg telah dikatakan oleh dr.. erm... betul kata dr..
even byk kali jgk sy mengeluh selama sy mengambil bidang sains ni.. sy tetap suka untuk belajar sains.. melalui sains sy banyak belajar tentang survival di bumi ALLAH ini...setiap perkara yg berlaku mesti de sebabnya. contohnya dr bertanya kepada kami tentang bentuk atom..

pensyarah : kenapa atom dilukis dalam bentuk "sphere" bukan segitiga ataupun segi empat ?
kami : sebab nak bagi dye stabil dalam susunan yg banyak..
pensyarah : erm.. sy nak tanya awak. kalo dalam keadaan sejuk tp time 2 awk tiada selimut atau apa-apa untuk menyelimuti awak , apa yg awak lakukan..
kami : mengengkotkan badan...
pensyarah : ok semasa awak mengengkotkan badan, awk berada dalam bentuk apa?
kami : ke arah bentuk sphere dr..
pensyarah: kamu tahu x bentuk sphere akan mengurangkan  luas permukaan kamu supaya tidak banyak tenaga yg digunakan.. jadi bentuk ini akan mengurangkan kesejukan kamu...
kami: oooo baru kami  faham kenapa atom berbentuk sphere, reasonnya sma seperti dr kata tetapi dalam bentuk sphere, zarah tidak terikat terlalu ketat, jd apabila berlaku perubahan bentuk pepejal.. zarah akan mudah untuk berpisah antara satu sama lain...
dr:  ok da dapat konsep yg sy nak bagitau kamu semua..
kami : ye dr, maknanya kalau kita melukis bentuk atom ia mestilah berbentuk sphere..
dr : betul 2 jd nanti kamu keluar untuk mengajar jgn sesekali kamu lukis atom berbentuk segi empat..memalukan orang sains...
kami : hik3.... =p

skunk ak lbey yakin untuk menjadi pelajar dlam bidang sains kerna setiap pilihan kita ditentukan oleh DIA YANG MAHA MENGETAHUI....
jd selagi masih hidup ambil peluang sebanyak mana untuk kita belajar tidak kira dalam bidang apa pun..
sperti yg sellu kita dengar .. "carilah ilmu walaupun sampai ke negeri China"



p/s :Bila anda dapat mengukur apa yang sedang anda bicarakan, dan dapat menyatakannya dalam angka-angka, anda mengetahui sesuatu tentang hal itu. Tetapi bila anda tidak mampu mengukurnya, dan tidak dapat menyatakan dalam angka- angka, maka pengetahuan anda tidak mencukupi serta tidak memuaskan.
Mungkin itu adalah awal dari pengetahuan yang anda miliki hanya jarang dalam pikiran anda mencoba menggali sains.

Lord Kelvin

Tuesday, January 4, 2011

Nilai sebuah persahabatan...

"bukan kecewa dipinggirkan"
ak kecewa tiada kejujuran.....
"bukan bersedih disakiti"
teramat pedih diri dikhianati ...

bila berkawan untuk berkekalan memerlukan kejujuran...
tolak ansur dan kasih sayang..
tapi jika dalam bersahabat kita mahu menunjukkan segala keegoan..
xsumenya akan berkekalan..
ak coretkan segala apa yg ak rasa dlam bersahabat..
bukan untuk mengaibkan sesiapa tetapi cuma untuk dibuat renungan...
kawan ak pernah kata " jadilah diri sendiri" kalau nak bahagia..
ak cuba menjadi sahabat yang terbaik untuk sahabat2ku..
tetapi xsumenya yg mampu ak jd terbaek..
sbb sume manusia mempunyai perasaan..
sakit dikhianati.. (bagai hati dihiris dengan pisau belati)...
ak harap suatu hari nanti "dye" akan faham bagaimana rasa disakiti dalam bersahabat...

Kembara perjalanan di BUmi Allah...

kembara berjalan bersendirian..
mencari jalan pulang...
bilakah masanya..
embunkan menjelma..
di tanah gersang yang membakar...
...alangkah pedihnya nasib kembara..
di tengah khatulistiwa..
siapa yg dapat menghilangkan dahaga..
namun tetap ia bertahan..
YA  ALLAH...
perjalanan ku masih jauh di bumimu...
kadang2 ak terkhilaf dalam mencari jalan pulang ini..
kekhilafan yg kadang2 menjatuhkan ak..
tp ak taw YA ALLAH , KAU MAHA MENGETAHUI segalanya..
ak berserah padamu..
tp jangan kau risau manusia kau masih berjalan di bawah sinar..
bulan bintang yang membimbingmu..
suatu hari kau akan bertemu sungai yang mengalir di taman indah..
pada suatu masa..

 

Monday, January 3, 2011

aktiviti ex 1-9-8...

1-9-8...
umah saper 2??
2 la ex umah ak sem lpas..
yg diterajui oleh ketua yg berwibawa kak lin dan penghuni yg agak happy go lucky sumenya..
(enie, nora,noli, azie, dila, ain n  ak) kui3...=P

         ni kad raye 1-9-8 hasil kekreatifan ennie yg ditandatangi oleh sume penghuni umah..(hik3)

tapi sem ni kna tukar umah ag jd xdela keriangan kanak2 ribena spt zaman dulu...haha
kalo ingtkan blek pe yg kiteorg wat sem lpas , mmg sgt seronok..
aktiviti karoeke pd wk2 malam, mlepak di meja mkan dgan gosip2 panas..
kini segalanya da berakhir..huhu ..(agak touching di situ...)
tapi naseb baek sem ni ak dapat ex housemate ak 2 orang..
tp xde la ag tajaan air teh pda waktu mlam oleh enie..huhu
tp xpe sbb life is a journey kan..
jd setiap sem ak akan dpat knal rmai org, ragam manusia yg berbagai2 dan pengalaman yg berbeza...
agak menarik ye di situ.. .>(-_-)<
ni la view2 yg menarik dru luar pemandangan umah 1-9-8..huhu




Sunday, January 2, 2011

hidup ni xselalunya indah....

erm...hidup xselalunya indah...
kerna stiap kali keindahan itu datang pasti ramai mulut homo sapien (manusia) akan mengata, mengumpat serta menjatuhkan kiter..
lumrah dunia nak wat camne kan...
tapi agak2 la ckit...
sbb itu hidup ni xselalunya indah..
orang gembira kita yg cemburu..
aishh pe citer ni...
biar la org 2 dgn kegembiraannya..
watpe nak susah2 skit aty..
xberguna pun..
hidup ni xselalunya indah..
kenapa??
sbb kadang2 je semangat tu datang..
datang jap2 je..
cam biskut chipsmore..
huhu
kenapa hidup ni xselalunya indah..
banyak sbbnya tapi we must keep go on...
bcoz life is a journey.....
right??


kalo raser gembira senyumlah...
                                                            kalo raser sedih menangislah...