BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

me...

me...

Thursday, July 29, 2010

Da stat nak bzy!!!

Dis week bru trasa yg ruper-rupernyer asement ku da brlambak..huhu..
klas dri pgi smpai ptang, kdang2 2 smpai mlam. blek je klas trus tido..
pas2 bgun keesokan pgi mnruskan jdual spt biasa..pnat sgt!!!!
tp drp sem lpas aku raser sem ni agak epy sedikit, ak pun xtaw sbb pe..
sbb kalo kebiasaannya ak akan stress sgt2 kalo byk asement.. tp sem ni ak still cool je, hik3..=p mcm xde mende... oppsss mayb ak da mula bley brfikir scra waras dan btolll..pe 2??
mksudnyer xde kla ikutkan prasaan cam mse dulu2...
k la ak nak smbung wat lab report plant physio, 6t ak smbung blek omelanku..
haha..=)peace no war!!!!

Friday, July 23, 2010

SUPERMAN!!!!

I've been heading in the wrong direction..
Hiding from my own protection..
Running but my heart was standing still..
I guess u saw the light inside me..
Your love have been a torch to guide me..
I hope i can be all that u deserve..
Well i'm not superman..
But i love u the best i can..
And u know i'm just flesh and bones..
But with u i fell i'm flying..
Don't u know i'm no superman..
But i always be ur man...

lirik lagu ni best sangat nyanyian dari ronan keating...
melodi dye buat ak raser sperti melayang-layang cam superman.. hik3..=p

Thursday, July 22, 2010

TEARS….

I wake up from the dream…
Dream that bring me to heaven…
Heaven for all people that have a kindness…
So I must be strong...
To reach the heaven I dream…

Tik tok tik tok…
Time can break our time…
And also our heart…
Do I have a mistake…
Since I’m in this world..

Is there I have a way..
To see the beautiful heaven that I dream..
Sometime I wish I have a magis star…
I watch honey in the bug…
Flying to reach its nest..

I wish I will reach there…
Just like last night in my dream..
I were lost in paradise..
And when I open my eyes..
Tears is around my eyes…

Nukilan,
Syikin (9.42 P.M) < 22/7/2010>

KESEMPURNAAN..

Manusia selalu inginkan kesempurnaan..
Kesempurnaan untuk hidup di dunia ini..
Namun kesempurnaan itu hanya sementara..
Tidak akan kekal untuk selamanya..
Kerna kita akan kembali kepadaNYA…

Demi sebuah kenyataan..
Yang amat menyakitkan..
Aku yang tidak berdaya..
Hanya berserah kepadanya..
Menentukan kesempurnaan ini..

Andai aku punya waktu..
Masihku ingin mengulangi semula..
Saat indah hidup ini..
Walaupun tanpa kesempurnaan kecantikan..
Biarlah Cuma pada kesempurnaan di hadapaNYA…

NUKILAN
Syikin (7.21 P.M, 13/06/2010)

PERSOALAN KEHIDUPAN…

Persoalan, persoalan dan persoalan…
Seperti sudah sebati dalam kotak fikiranku..
Persoalan tentang kehidupan…
Rodaan kehidupan ini…
Untukku memahami dengal akal fikiran…

Persoalan kehidupan…
Masa berputar begitu pantas..
Meninggalkan segala kenanganku di belakang..
Tanpa sempat ku menoleh sekali lagi..
Ia terus beredar….

Persoalan kehidupan..
Antara kegelapan dan kilauan cahaya..
Di mana pilihanku..
Persoalan yang menyesakkan fikiranku..
Dan masih lagi menjadi persoalan ???

Nukilan….
Syikin (10.48 P.M) <26/06/2010>

KASIH SAYANG…

Seandainya kasih sayang itu hadir…
Kasih sayang itu hadir kerana pemberianNYA..
Jika kasih itu hadir kemudian hilang itu juga takdirNYA..
Tetapi kasih sayangNYA terhadap kita tidak akan
Pernah padam atau hilang…
Bersyukurlah ke atasNYA…
Kerna membuka tirai-tirai keampunan kepada kita yang alpa…
ALLAHUAKHBAR ALLAH MAHA BESAR…
Ungkapan yang begitu indah untuk diungkapi…
Untuk manusia sepertiku..
Yang selalu inginkan segala kesenangan tanpa tahu..
Untuk menadah tangan kepadaNYA..
Bersyukur dengan segala pemberianNYA…
Esok mungkin masa akan terhenti tanpa aku sempat..
Untuk aku memohon keampunanNYA..
Ampuniku YA ALLAH..
Yang sering melupakan kasih sayangMU…………..

NUKILAN…..
Syikin eva..(12.39 A.M) < 18/06/2010

JIWA KACAU… (7.02 P.M)- 13/07/2010

Tiba-tiba…
Jiwaku kacau dan serabut..
YA ALLAH tolonglah hambamu ini..
Di mana harusku cari ketenangan jiwa…
Hanya dengan madah-madah indahmu menenangkan jiwa…

Dan kumenatap dalam samar..
Tiada apa yang dapat ku lihat..
Kecuali hanya namamu YA ALLAH..
Jika esok hariku terhenti..
Lindungilah aku dari segalanya…

KAU tempat ku meminta..
KAU beriku bahagia..
Ampuniku YA ALLAH..
Yang sering melupakanMU..
Hanya KAU yang mendengarku…

YA ALLAH hanya KAU ku bersujud..
Tiada yang lain selainMU..
Tenangkan jiwaku dan lapangkan dadaku..
Meniti mentari yang bersinar…
Di bumi ini tempat ku mengharap…..

CINTA PERTAMA………

Cinta pertama…
Bermulanya mendamaikan taman hati ini…
Di sini memberi segala kebebasan kepadaku..
Untukku bermadah kata-kata indah kepadamu…
Kata-kata cinta yang membahagiakanku…
Cinta pertama…
Hadirlah berikanku kasih sayang…
Kasih yang abadi dan kekal selamanya..
Namun tak ada yang lebih kekal..
Hanya cinta kepadaNYA…
Cinta pertama…
Memberikanku satu kesedaran..
Cinta manusia tidak akan kekal..
Hanya KAU menjadi cinta pertamaku..
Yang akan kekal abadi….

NUKILAN…
Syikin (4.29 P.M) <20/06/2010>

KESILAPANKU….

Kesilapanku…
Tidak tahu menilai sebutir permata…
Ku sangka hanya debu-debu pasir…
Yang akan terbang di bawa angin…
Rupanya bersinar berkelipan di sisiku…

Kesilapanku….
Kenapa aku perlu menjadi seperti gunung…
Yang akan menahan ribut taufan yang melanda..
Sedangkan aku sendiri yang akan longlai..
Dan rebah bersendirian…

Kesilapanku….
Selalu berfikir ombak itu akan reda…
Dan tenang setenang-tenang air tasik…
Namun ia menelan segala didepannya..
Tanpa berfikir akulah temannya….

Nukilan..
Syikineva (6.40 P.M) <5/7/2010>

SENDIRI AKU

Sendiri aku mencari..
Mencari ketenangan yang abadi…
Supaya menerangi hidupku yang kini malap...
Tidak mampu menerangi hari-hariku…

Sendiri aku mencari…
Mencari pengorbanan yang sejati..
Kepada insan-insan yang kusayangi..
Sebelum pergi mengadapNYA…

Sendiri aku mencari…
Mencari kepastian yang nyata..
Kepastian yang akan membawaku..
Kepada kebesaranNYA…

Sendiri aku mencari…
Mencari alam yang benar-benar hakiki..
Yang akan menempatkan diriku..
Di sisi orang yang beriman….

NUKILAN..
Syikin ( 3.58 P.M) < 16/06/2010>

KEBAHAGIAAN….

Walau aku senyum bukan bereerti…
Aku selalu bahagia dalam hidup..
Ada yang tak ada dalam hati ini..
Di jiwa ini..
Hampa…

Aku bertemu dia di persimpangan hidup ini..
Mungkin dia akan mengajarku tentang cinta..
Namun ada sahaja halanganku..
YA ALLAH berikanlah aku cinta..
Untuk mengajarku erti kebahagian..

Mungkin segalannya akan terputus di tengah jalan..
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan..
Tapi ku tak ragu dengan takdir..
KAU sentiasa di sisi…
Menemaniku setiap masa...

NUKILAN…
Syikin.. 7.14 P.M (13/06/2010)

KEJUJURAN….

Kejujuran…
Di manakah kejujuranmu teman..
Setiap katamu ku anggap mutiara..
Tapi rupanya mutiara yang dah tidak bernilai..
Tidak berharga seperti sampah yang terbuang..

Kejujuran…
Temanku ia satu kepercayaan..
Seperti sedalamnya lautan..
Makin dalam makin jauh dari dasar..
Menguatkan keutuhan persahabatan kita.

Kejujuran…
Seumpama dedaunan yang gugur bertaburan..
Dan ranting yang dimamah usang..
Musnah meninggalkan debu-debu kesan..
Kenangan kita bersama………

Nukilan..
Syikin (1.42 P.M) <4/07/2010>

KESEDIHAN HATI….

Semakin hari aku menjadi semakin lupa..
Lupa dalam mengejar erti sebenar kehidupan ..
Aku berusaha untuk mencari..
Mencari ketenangan sebagai hambaNYA…
Untuk lebih ikhlas dalam mengharungi hidup ini…

Aku bingung…
Bingung dengan perasaan sendiri..
Mencari ketenangan yang masih lagi tidak pasti…
YA ALLAH perasaan ini sangat menyesakkan dadaku..
Jadikan aku selamanya hambamu yang bertakwa…
Ku manusia yang penuh dosa..

Mengharap keampunan sebagai seorang hambanya..
Aku lihat di langit kesempurnaanMU…
KAU cinta pertamaku dalam hidup..
ALLAHUAKHBAR… KAU YANG MAHA ESA…
memujaMU begitu indah…..

NUKILAN,
-Syikin (13/06/2010)-

LAFAZ KATAMU…

Lafaz katamu…
Masih ku ingat detik itu…
Kita sama-sama berkongsi rahsia..
Berkongsi pahit manis bersama…
Kerna ku percaya dengan janji persahabatan…

Lafaz katamu…
Masih terngiang-ngiang di telingaku..
Suaramu menenangkan diriku..
Lafazmu mendamaikan jiwaku…
Sopan santunmu mengutuhkan persahabatan kita..

Lafaz katamu…
Ku meletakkan sepenuh kepercayaan kepadamu..
Tutur katamu semuanya semangat bagiku..
Kerna kau sahabatku…
Sahabatku dunia akhirat…

Nukilan..
Syikin (6.54 P.M) <28/06/2010>

RENUNGAN SEMALAM….

Renungan semalam..
Banyak yang ku kenang…
Memori terindah bersamamu..
Tapi ternyata ia hanya semangat..
Untuk ku melangkahi hari esok..

Renungan semalam..
Banyak menyedarkanku..
Betapa pentingnya dirimu…
Namun kau hanya hadir ketika diriku gembira..
Tanpa mengukir sebuah senyuman..

Renungan semalam..
Banyak yang ingin ku luahkan..
Tapi ia hanya ingatan untuk dirimu..
Insan yang ku sayang...
Sampai ke akhir hayatku..

Syikin.. ( 4.56 P.M) < 24/06/2010>

SAAT ITU…

Saat itu…
Aku masih bersamamu..
Melayari hari yang penuh dengan kebahagian..
Bahagia yang hanya sementara..
Dibawa pergi oleh deruan angin..
Saat itu..
Mentari datang..
Menerangi hidupku yang kegelapan..
Hidup yang diharapkan berpanjangan..
Turut pergi bersama deruan ombak..
Saat itu..
Kau dan aku..
Masih lagi mengharap sinar..
Sinar yang berkelipan menghiasi persahabatan..
Namun ia terus malap dan meninggalkan..
Saat kita berdua…

Nukilan ,
Syikin (4.35 P.M) < 27/06/2010>

Wednesday, July 21, 2010

UNTUKMU SAHABATKU….

Sahabat….
Aku sangat menghargaimu…
Kau hadir dalam setiap kenanganku..
Tidak kira di masa susah dan senangku..
Kau sentiasa di sampingku….
Sahabat…
Di saat ku mula mengenali dunia persahabatan..
Keegoaan datang menyepitkan fikiran..
Ku harus memilih diantaramu dengan impian..
Tetapi kasih sayangmu melebihi seluas lautan..
Membawaku kembali bersamamu..
Sahabat...
Kita masih bersama..
Andai itu adalah suratanNYA..
Namun apabila tiba masanya…
Ku dipanggil menghadap panggilanNYA..
Redhakanlah pemergianku teman-teman…
Supaya ku tenang dan bahagia di sana…

NUKILAN DARIPADA SAHABATMU…
-Syikin (12/06/2010)-

Tuesday, July 20, 2010

Assalamualaikum....

permulaan bagiku untuk mengenali apa itu blog ???
interesting!!!!