BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

me...

me...

Wednesday, March 23, 2011

teman, sahabat dan kawan...

Ya Allah,

Sahabat saya tak seperti sahabat Nabi

saw,

Sahabat Nabi setia di sisi,

Sahabat saya datang dan pergi.

Ya Allah,

Saya muhasabah, menerawang sendiri,

Dari kecil ke saat ini,

Ramai sudah bertandang di hati,

Ramai juga yang datang dan pergi.

Ya Allah,

Sahabat ketawa, saya gembira,

Sahabat sayu, saya syahdu,

Sahabat layu, saya pilu,

Sahabat cemerlang, saya gemilang.

Ya Allah,

Kawan saya, sahabat saya,

Rahmati kami meniti usia,

Terpisah kami di alam nyata,

Temukan semula di taman syurga.

Ya Allah,

Sahabat saya, buah hati saya,

Mesra kami penawar duka,

Rindu kami menambah cinta,

Rajuk kami membuah ceria.

Ya Allah,

Silaturrahiim kami, ukhwah fillah,

Bermusuh kami, na`uzubillah

Berpisah mati, inshaAllah,

Pengubat hati, do`a rabitah...

Untuk semua temanku.. kamu semua tiada penggantinya untukku..=)

Saturday, March 19, 2011

BersaMa seorang Kawan....

Hari ini ak bersama seorang kawan...
bercakap setelah sekian lama tidak dapat meluangkan masa bersama..
bukan bergaduh ok... tp sebab masing-masing buzy dengan kehidupan sendiri...
Tapi hari ini ak bersama dye..
melayan perasaan, berborak dan bergelak ketawa bersama...
sgt bahagia dengan dye...=)
Ak dapat rasakan selepas meluangkan masa dngan kwan yang seorang ini...
ak lebih tenang dan bersemangat untuk meniti kehidupan yang tak pasti ke mana hujungnya...Terima kasih kawan..=)

p/s: terima kasih untuk makanan itu...love u fren..=)

Thursday, March 10, 2011

Impian....

Apa maknanya impian..
datang dan pergi..
membawa hati menyusuri kembali jalan-jalan sepi..
YA ALLAH akhirnya air mata yang selama ni ku tahan jatuh jua..
selama 4 semester ak di universiti, semester ni yang paling kurasakan terlalu berat untuk ku langkahi..
setiap minggu akan ade kekecewaan yang ak rasakan ak bley bertahan..
tapi akhirnya kekecewaan ni yang menjatuhkan ak..
ak da xlarat lagi.. masihkah mampu ak di sini mengejar impian yang tak tahu kepastiannya....

Tuesday, March 1, 2011

The Best therapy....

waaarrggggh.. i got my best therapy...
td aku ade terbaca satu link pasal tips atasi kepenatan cara islam..
betul2 kena dengan situation aku skunk ni...
jd jom kiter kongsi tips ini..
maner tahu anda pun tengah penat macam saya..hihi

TIPS ATASI KEPENATAN CARA ISLAM

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah sallahu alaihi wassalam kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.



Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti.



Saidina Ali berkata :

“Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu."



Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah. Bagaimanapun Rasulullah sallahu alaihi wassalam tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda sallahu alaihi wassalam pergi menemui puterinya serta menantu itu.



Baginda sallahu alaihi wassalam berkata:

“Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur:

bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam."





Inilah penawar ringkas yang Nabi sallahu alaihi wassalam ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua.



Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah sallahu alaihi wassalam ini.

Katanya “Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."



Tips ini dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca ‘Subhanallah’ (33 kali), ‘Alhamdulillah’ (33 kali) dan ‘Allahuakbar’ (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata.



Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , InsyaAllah ia mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.



“Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun” (Sabda Rasulullah sallahu alaihi wassalam)



“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan RasuNYA, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

Penat.,..



huhu... penat sgt2 minggu ni..
memang xbaik mengeluh kan tapi nak buat macamana memang sgt2 penat minggu ni..
penat + kecewa...
kecewa dengan exam chemistry 1..
masuk exam je otak dah blank..
huhu punya la gabra aku nak jawab exam semalam..
kira punya kira xdapat2..wawawa nak kata ak xbca buku bacer...
huhu redha je la dengan keputusan quiz 6t..
balik2 kelas, report berlambak-lambak menunggu aku..
kadang2 ak rase stress giler3..
ingat kat mak, ayak, adek beradek ak kat kampung..,
kalo aku ade sayap da lama aku terbang pulang ke sana...
bley jugak mak ngan ayah ak mengurangkan stress ak ni..
penat sudaaa...
tapi ni la life journey seorang student cam ak..
chaiyok2 syikin u can do it!!!!!