BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

me...

me...

Tuesday, April 16, 2013

Pengorbanan sebagai seorang insan yang bergelar 'pelajar'

Alhamdulillah aku sudah berada di semester akhir di upsi..
Banyak pengalaman dan pengetahuan yang aku kutip di sini..
Bukan sahaja belajar ilmu dunia, aku juga banyak belajar ilmu sebagai seorang khalifah di muka bumi ni..
Teman-teman yang menjadi peneman diri sebagai musafir di sini mengajar aku erti persahabatan, kasih sayang, dan banyak lagi..
Pensyarah-pensyarah yang tidak kedekut berkongsi ilmu pengetahuan..
Membuatkan diri aku rasa berat untuk meninggalkan tg malim ni..
Tapi aku juga perlu kembali kepada ibu bapa aku yang selama ini bersusah payah membesarkan aku..
Namun semester last ni banyak mengajar diri aku untuk menjadi lebih kuat dan seorang penyabar..
Kalau aku lemah sekalipun, Alhamdulillah orang sekeliling ku sentiasa memberiku semangat..
Bersyukur dianugerahkan ALLAH ramai insan yang baik hati di sekelilingku..
inilah namanya pengornanan sebagai seorang insan yang bergelar 'pelajar'
Banyak cabarannya perlu tempuhi untuk mencapai kejayaan..
Semoga aku sentiasa kuat dalam menghadapi cabaran hidup..
begitu juga orang sekeliling yang aku sayangi..

p/s: Masa tidak boleh diputar kembali..Ambil memori dan simpan setiap detik jam yang berputar..Biarkan dalam dan kuat tersemat di dalam hati... Bakal meninggalkan kenangan sebagai seorang pelajar 'degree' =)