BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

me...

me...

Monday, January 13, 2014

Segalanya kaku..

Hari yang menyedihkan..
Hati menangis tanpa henti..
tertanya-tanya pilihan yang dibuat ini adakah salah..
Diri jadi kaku, minda tak boleh berfikir..
apa yang akan terjadi selepas ni??




p/s: Moga diri ini terus kuat...


Wednesday, January 1, 2014

Menjadi diriku

Tak seperti bintang di langit..
Tak seperti indah pelangi..
kerna diriku bukanlah mereka..
ku apa adanya..
wajahku kan memang begini.
sikapku jelas tak sempurna..
ku akui ku bukanlah mereka..
ku apa adanya..
menjadi diriku dengan segala kekurangan..
menjadi dirku atas kelebihanku..
terima lah aku seperti apa adanya..
aku hanyalah insan biasa.
Tak mungkin sempurna..
tetap ku bangga atas apa yang ku punya..
setiap waktuku nikmati..
anugerah hidup yang dimiliki....

p/s: An inspiring song for those who always have negative thoughts to others as well as him/herself. Just be ourself... Lagu yang memberi makna untuk tahun 2014. Moga tahun ini lebih baik dari sebelumnya.. just keep moving.. =)

Sunday, November 24, 2013

Melangkah ke depan..

ALHAMDULILLAH....

Melalui fasa baru dalam hidup..
Selangkah lagi ke depan untuk mengejar cita-cita..
Bermula perjuanganku dalam fasa pekerjaan dan pelajaran..
menimba pengalaman bekerja sebagai RA ataupun nama lain nya (pembantu penyelidik)
dan seterusnya menyambung pengajianku dalam master..
Banyak perkara baru yang aku belajar setiap hari, mengutip suka duka pengalaman
yang akan disimpan untuk esok hari..
Supaya aku lebih tabah dalam menjalani kehidupan di BUMI MURABBI ni...
Aku akan menjalankan projek penyelidikan mengenai pengenalpastian alergen major dalam Penaeus Monodon (nama saintifik bagi Udang harimau hitam)...Semoga penyelidikan ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh ALLAH S.W.T dalam proses menuntut ilmu ini..


~First time dpt kad ni, haha excited sbb tiba-tiba rasa macam orang bekerjaya... Masuk kerja pukul 8 pagi punch kad, blik pkul 5 petang punch kad..hehe macam bekerja pejabat je~ Dulu masa aku jadi guru praktikal, mana nak ada kad punch bagai..hanya rutin harian datang pukul 7 pagi tandatangan kehadiran dan balik pukul 2.30 petang tu pun kalo tak ade aktiviti kokurikulum di sekolah...


Walau apa yang terjadi dalam hidup ini, kita kena selalu percaya kepada ketentuan YANG MAHA ESA kerana DIA LEBIH MENGETAHUI semuanya... dan aku percaya pada pilihan YANG ALLAH BAGI INI....=)

Sunday, August 18, 2013

Terasing mencari jawapan..

Kegelisahan dalam kedinginan..terasing mencari jawapan dalam kesepian..
mencari dan menilai dengan segala kudrat diri..
bertanya dalam hati yang mana benar yang mana salah..
namun fikiran lebih kepada pertengahan..
berdiri di satu sudut yang samar..
akhirnya jawapan yang dicari bukan berada di sana..
bukan di dalam kamar kosong, dalam kesunyian..
tetapi ada di sana..
apabila kita sujud dekat padaNYA..

p/s: DAN carilah pada apa yang telah dianugerahkan ALLAH kepadamu (kebahagian) di akhirat, dan janganlah kamu melupakan kebahagianmu daripada (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana ALLAH telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan. AL-QASAS: 77

Tuesday, July 16, 2013

abis belaja!!...

ALHAMDULILLAH syukur ke hadrat ILLAHI.. sudah tamat empat tahun aku di UPSI.
dengan keputusan exam akhir, aku layak dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Biologi dengan kepujian.. ini yang aku cita-citakan selama 4 tahun mengharungi saat suka dan duka di Bumi murabbi ini..
ALHAMDULILLAH aku akan menyambung lagi pelajaran ke peringkat master selepas ini.. aku masih mahu mengejar cita-cita yang aku impikan dari zaman sekolah..=)

p/s : moga aku terus bersemangat untuk mengejar impian dan menjadi seorang pelajar semula.. =)

Sunday, May 26, 2013

Presentation hasil penyelidikan akhir!!!

hoho glup glap glup glap...
esok dan lusa adalah hari yg dinanti-nanti oleh diriku dn kwan2 batch yg lain..
esok adalah hari pameran hasil penyelidikan akhir dan pembentangan..huhu nerbes.. rasa mcam sakit perut nak tunggu hari esok dan lusa ni..




Penyelidikan tahun akhir aku adalah mengenai pengenalpastian alergen major dalam bijan putih (Sesamun indicum).. untuk pengetahuan, bijan adalah antara tujuh makanan yg boleh membawa maut kepada orang yg alahan pdnya. Semoga penyelidikan yg ak buat ni memberi sumbangan untuk menambahbaik sektor kesihatan di Malaysia khususnya dalam kajian tentang alahan..

p/s : Semoga esok pembentangan ak dan kawan2 yang lain dipermudahkan oleh ALLAH S.W.T.. Amin..

Friday, May 17, 2013

Petikan dalam Kehidupan...

Petikan indah melodi piano..
rentak tarinya mempersonakan hati..
Petikan soalan dalam diri.
apa yang ada dalam hati..
jika petikan indah pilihannya..
melodi kehidupan lebih berseri..
jika petikan bingit pilihannya..
melodi kehidupan menyayat hati..

p/s : itulah pilihan petikan dalam kehidupan... petikan ke arah kebaikan atau petikan ke arah keburukan.. Nilai sendiri dengan hati nurani.. please choose to feel good in our heart..moga diri sentiasa menjadi positif..