BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

me...

me...

Tuesday, April 16, 2013

Pengorbanan sebagai seorang insan yang bergelar 'pelajar'

Alhamdulillah aku sudah berada di semester akhir di upsi..
Banyak pengalaman dan pengetahuan yang aku kutip di sini..
Bukan sahaja belajar ilmu dunia, aku juga banyak belajar ilmu sebagai seorang khalifah di muka bumi ni..
Teman-teman yang menjadi peneman diri sebagai musafir di sini mengajar aku erti persahabatan, kasih sayang, dan banyak lagi..
Pensyarah-pensyarah yang tidak kedekut berkongsi ilmu pengetahuan..
Membuatkan diri aku rasa berat untuk meninggalkan tg malim ni..
Tapi aku juga perlu kembali kepada ibu bapa aku yang selama ini bersusah payah membesarkan aku..
Namun semester last ni banyak mengajar diri aku untuk menjadi lebih kuat dan seorang penyabar..
Kalau aku lemah sekalipun, Alhamdulillah orang sekeliling ku sentiasa memberiku semangat..
Bersyukur dianugerahkan ALLAH ramai insan yang baik hati di sekelilingku..
inilah namanya pengornanan sebagai seorang insan yang bergelar 'pelajar'
Banyak cabarannya perlu tempuhi untuk mencapai kejayaan..
Semoga aku sentiasa kuat dalam menghadapi cabaran hidup..
begitu juga orang sekeliling yang aku sayangi..

p/s: Masa tidak boleh diputar kembali..Ambil memori dan simpan setiap detik jam yang berputar..Biarkan dalam dan kuat tersemat di dalam hati... Bakal meninggalkan kenangan sebagai seorang pelajar 'degree' =)

Tuesday, January 15, 2013

Sahabat sejati- UNIC

Ku biarkan kalam berbicara..
menghurai maksudnya di jiwa..
agar mudah ku mengerti..
segala yang terjadi sudah suratan ILLAHI...
Ku biarkan pena menulis..
meluahkan hasrat di hati..
moga terubat segala keresahan di jiwa..
tak pernah ku ingini..
Aku telah pun sedaya tak melukai hatimu..
mungkin sudah suratan hidupku..
Kasih yang alam terjalin berderai bagaikan kaca..
Oh teman maafkan lah diriku..
Oh TUHAN tunjukkan ku jalan untuk menempuh dugaan ini..
Teman maafkan ku jika ku melukaimu..
moga ikatan ukhuwah yang dibina ke akhirnya..

p/s: sangat merindui kawan2 lama..=)


Friday, January 4, 2013

Tersenyumlah wahai hati..


Saat kita menempuh onak duri dunia..
derita sekali sekala mencuit hati..
hati remuk menangis tidak henti..
kesedihan terus menerus bersemadi di dasar hati..
air mata tertumpah juga..
wahai hamba ilahi, begitulah kehidupan di dunia..
kita tidak akan sesekali dapat menjangka..
apa yang ALLAH aturkan untuk kita..
adakalanya kita tersangat gembira..
adakalanya kita tersangat kecewa..
namun jangan risau manusia..
Allah itu Tuhan kita..
Tuhan yang Maha Luas Kasih SayangNya..
Percayalah Allah tidak akan menduga hambaNya..
kecuali untuk melihat hambaNya tersenyum di sana..
tertawa di sana, berbahagia di sana..
sepanjang hidup dan usiamu janganlah mudah berputus asa..
senyuman yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan..
simpan, jadikan tauladan..
segala yang kau pandang dan dengar..
simpan, jadikan pendoman..
because You don't know everything but ALLAH knows everything..


p/s : kredit kepada tuan punya video dengan madah-madah indah yang ditulisnya..

pemberi semangat

Wednesday, January 2, 2013

Rindu serindunya


Rindunya kat mak dan ayah..
Makin aku dewasa makin aku rasa homesick apabila berjauhan dengan mereka..
selalu teringat nak balik kampung.. Sampai kadang-kadang baru balik dua tiga hari kat u, rase nak balik smula kat kampung.. Itulah penangan kasih sayang mak dan ayah.. Aku ingat lagi kata-kata ustazah aku, sementara mak dah ayah kita masih ada, selalu la jenguk mereka... Bagi kasih sayang dekat mereka sama macam mereka bagi kasih sayang dekat kita dari kita lahir hingga sekarang.. Tak sabar untuk cepat-cepat siapkan thesis dan kembali kepada mak dan ayah kat kampung..Setiap kali aku ada masalah , mak dan ayah yang selalu memberi ketenangan jiwa pada aku.. Miss both of u..=)

Tuesday, January 1, 2013

Hati yang berubah?

Tahun baru, semua orang sibuk berborak pasal azam baru tahun ini..
Tahun 2013- usia makin bertambah...diri pun makin berubah...
Pemikiran dan jiwa juga makin berubah selari dengan peredaran masa..
Dalam hati pun ada satu perasaan yang susah untuk ditafsirkan..
Perasaan bahagia dan tenang..satu perasaan yang indah..
Belajar untuk menerima orang lain selain diri..
Lagipun hidup kita bukan lama..

Sunday, December 9, 2012

Sesungguhnya semua itu adalah rezeki..

Sesungguhnya apa yang dikurniakan itu semua rezeki..Bagaimana kita menggunakan rezeki itu untuk menggambarkan kegembiraan atau kedukaan menentukan perjalanan hidup kita... Alhamdulillah untuk result praktikal ku, walaupun tak secermelang orang lain.. Pengalaman yang aku dapat semasa praktikal melebihi apa yang aku cari untuk resultku.. Realiti kehidupan seorang guru sangat berbeza dengan apa yang aku selalu bayangkan dan belajar di universiti.. Menjadi seorang guru memerlukan kesabaran yang tinggi, lebih dari apa yang ada dalam diri aku sebelumnya. Aku sedar, aku bukan seorang yang mempunyai kesabaran yang tinggi, aku cepat marah jika ada sesuatu yang aku tak boleh terima keadaanya. Walaubagaimanapun pengalaman 4 bulan sebagai seorang guru banyak mengajar aku menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya..Bukan bermaksud sekarang ini aku sangat baik tapi untuk perspektif diriku, hatiku mengatakan aku telah berubah sedikit dari sebelumnya.. Pernah suatu hari semasa aku berpraktikum, aku keluar kelas dengan linangan air mata disebabkan oleh perangai pelajar-pelajar sekarang yang sangat teruk..Tak semuanya tapi untuk kelas yang aku kena relief tu memang perangai pelajar-pelajarnya sangat teruk. Namun apabila aku nilai balik, tak semuanya salah pelajar-pelajar tu, sebenarnya benda tu berpunca daripada aku juga. Pada awal-awal aku masuk kelas, aku dah mind-set kan yang kelas yang aku akan masuk tu teruk.. Ditambah dengan kejadian yang menimpa aku sebelum aku masuk ke kelas tu, merosakkan mood aku untuk mengajar. Aku dituduh tak masuk kelas oleh pihak atasan sekolah, padahal itu adalah kesilapan pihak pejabat yang salah memberi masa untuk kelas yang perlu aku relief. Kesabaran aku pada waktu tu memang teruji, sampaikan aku ada keberanian melawan balik semua tuduhan tu. Kesannya, aku masuk kelas dengan jiwa yang tidak tenang dan keluar juga dengan jiwa yang tidak tenang. Apa yang aku dapat belajar dari kejadian tu, kawalan emosi aku perlu dipertingkatkan dan jiwa aku sebagai guru perlu pernambahbaikan....Pengalaman suka dan duka sebagai seorang guru akan aku kenang sampai bila-bila...



Wednesday, December 5, 2012

Dugaan demi dugaan..

"semua yang dirancang tak menjadi"
Betul lah kita boleh membuat perancangan tetapi ALLAH yang menentukan segalaNYA..
sedih tu memang sedih..satu-satu perkara datang menimpa..
mungkin ini hanya dugaan kecil untuk diriku..
berbanding dengan dugaan yang ALLAH beri pada penduduk di Palestin sana..
Kadang-kadang terlalu lemah untuk menghadapi semua ni..
namun apabila fikir balik, dugaan ini mematangkan kita sebenarnya..
mungkin kita boleh buat yang terbaik dari apa yang kita nak selepas ini..

- Every exit is exit to somewhere.. Never ever ever give up..