BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

me...

me...

Thursday, September 8, 2011

UNTUK WANITA YANG SEBOK DUK PASTE KAT WALL DIORANG PASAL HARGA HANTARAN

UNTUK WANITA YANG SEBOK DUK PASTE KAT WALL DIORANG PASAL HARGA HANTARAN SEMUA TUH HA BACA NIH: Mak Cik : "Anak makcik belajar tinggi kat oversea dulu. Makcik taknak letak harga. Tapi biarlah berpatutan. Selalunye yang belajar tinggi dalam lingkungan 20ribu. Tapi inilah satu-satunya anak perempuan makcik. Harap faham-fahamlah ye.. ". Mat : "Saya paham maksud makcik. Tapi saya harap makcik pun pahamlah ye. Kalau terlampau tinggi, terpaksa ditangguhkan nanti. Biarlah dicepatkan, biar jauh dari maksiat ".. Mak Cik : "Kalau kamu tak mampu, anak makcik ni bukan tak laku. Ada berderet lagi yang tengah tunggu. Kalau harga rendah, nanti apa pulak orang cakap ". Mat : "Kalau makcik nak jual anak makcik macam jual kereta, kita buat macam ni. Sekarang jugak saya bayar DOWNPAYMENT 2ribu. Saya bawak balik anak makcik, malam ni saya TEST DRIVE dulu semua.. Kalau barang dalam semua bagus, jangan cakap 10ribu.. 12ribu pun saya berani letak. tapi kalau dah LEMAU, ENJIN pon tak bagus.. TUihh!!.. Anak makcik sekali dengan deposit tu makcik boleh simpan!..

p/s: fikir2kan dan selamat beramal...=)

Wednesday, September 7, 2011

Da abis cuti!!!

ALAMAk...
da abis cuti la..beratnya hati nak balik u semula.. da 4 bulan kat rumah...hari2 duk mengadap muka mak n ayah..raser berat hati lak nak tinggalkan mereka...sedeyh wooo....huhu
raser cam mlas je nak blik upsi.. semester 5 ni jadual kuliah ak agak pack.. itupun belum dicampur dengan time 4 lab..bunyinya macam sikit je kan kalo ikutkan kredit  1 lab bersamaan dengan 3 jam..dan kalau 4 lab dah bersamaan dengan 12 jam .. campur dengan 21 jam kedit yang ak ambik sem ni dan total semua memang banyak tu.. sengih je aku tgk jadual sem ni.. bahagia jer raser hati.. (padahal dlam hati duk teriak) haha..xpe go on je la selagi mampu kan.. biler lagi nak blajar cam ni.. nanti dah keluar u rindu pulak saat2 ini. asement berlambak, lab report, research projek, fieldtrip la, cmping la.. seronok tu..blik kelas je da xtgk tmpat laen. katil je..hihi.. sebab penat sgt kan..tapi cuti 4 bulan ini ak akan ingat smpai bila2..saat yang sgt bahagia kat umah tercinta!!!

p/s: lepas ni cuti dah xdak.. tunggu next sem pulak dptla cuti smester 1 week.. xsabar rasenya!!.. take care semua =)

Saturday, August 6, 2011

Kelebihan Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya: 

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap. 
InsyaALLAH biarlah ramadhan kali ini lebih bermakna dan dapat kita tunaikan dengan sempurna..MOGA ramadhan kali ini bukan yg terakhir untuk kita semua...

p/s: pose penuh ye sahabat2...jangan pose yang yok bangun pagi buka periuk.. =p

Wednesday, June 29, 2011

3tahun 3bulan 3hari...

tanggal 25 aribulan 6 genaplah 3tahun 3bulan dan 3hari "kami"
alhamdulillah syukur padanya..
moga ia akan berpanjangan sampai ke akhir hayat..
dalam 3tahun 3bulan dan 3hari banyak perkara yang kita dah belaja..
suka dan duka..
pahit dan manis kehidupan..
sumer itu jadi pengajaran dan pengalaman untuk kiter lebih memperbaiki diri..
sebelum melangkah ke alam yang lebih jauh..
SUBHANALLAH MAHA SUCI ALLAH..
moga segalanya berjalan dengan baik..=)


Saturday, May 7, 2011

selamat hari ibu....

Ibu...
adalah wanita yang telah melahirkanku
merawatku
membesarkanku
mendidikku
hingga diriku telah dewasa

Ibu...
adalah wanita yang selalu siaga tatkala aku dalam buaian
tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri
tatkala perutku terasa lapar dan haus
tatkala kuterbangun di waktu pagi, siang dan malam

Ibu...
adalah wanita yang penuh perhatian
bila aku sakit
bila aku terjatuh
bila aku menangis
bila aku kesepian

Ibu...
telah kupandang wajahmu diwaktu tidur
terdapat sinar yang penuh dengan keridhoan
terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran
terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang
terdapat sinar kelelahan karena aku

Aku yang selalu merepotkanmu
aku yang selalu menyita perhatianmu
aku yang telah menghabiskan air susumu
aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangismu

Ibu...
engkau menangis karena aku
engkau sedih karena aku
engkau menderita karena aku
engkau kurus karena aku
engkau korbankan segalanya untuk aku

Ibu...
jasamu tiada terbalas
jasamu tiada terbeli
jasamu tiada akhir
jasamu tiada tara
jasamu terlukis indah di dalam surga

Ibu...
hanya do'a yang bisa kupersembahkan untukmu
karena jasamu
tiada terbalas

Hanya tangisku sebagai saksi
atas rasa cintaku padamu

Ibu..., I LOVE YOU SO MUCH
juga kepada Ayah...!!!

p/s : i love both of u sooo muchhhhhh!!!!..=)

Monday, April 25, 2011

kedatangan EXAmmmm.....



Alhamdullilllah...
hampir ke penghujung semester 4..
minggu exam telah tiba walaupun da hampir seminggu sebenarnya berlangsung..
(xsempat nak mengupdate blog)...
seperti biasa perasaan "cuak" menyelubungi diriku setiap kali ader paper yg perlu ku tempuhi..sem yang agak mencabar, kerna tiada "study week" for dis semester..(sgt2 cuak)..
abis jer minggu 14 (wlaupun pada maser tu asement masih berlambak2) bermulalah examku yg first..(animal physiology paper)... n then ag cuak apabila direct paper for minor subject (kimia asas 1 n kimia inorganik)..alhamdullillah walaupun direct paper aty masih tenang..(x bermaksud ak xtakut untuk exam ni) tapi perasaan tu tak dapat aku bayangkan..
walaupun xsepenuhnya yakin pe yg ku jawab (biaserla ade mistake mase dalam exam) tp aty ni masih tenang......
n now i'm waiting for ecology paper on dis thursday n 2p on saturday..
n then i will release from dis exam week....hahahaha...(gelak besar, tp dalam aty berkater moga2 ak dapat jwab 2 paper ni ngan baik, insyaALLAH)
doakanku ye kawan2...gud luck
syukran jazilan... =)

Sunday, April 17, 2011

Bertemu cinta kita akhirnya...

Alhamdullillah cinta itu akhirnya datang...
bertemu cinta kita akhirnya...
setelah lama ku cuba menerimanya...
memang sukar untuk sampai ke perasaan itu..
cinta yang betul-betul sejati..
yang akan kekal hingga ke akhir hayat..
selain cinta hakiki kepadaNYA..
akhirnya kita bertemu cinta..
sungguh perasaan itu sangat indah...
sangat indah untuk orang yang betul-betul tahu mencintai..
bukan untuk nafsu..
tapi minda dan hati yang akan memberi gerakan selari untuk perasaan cinta itu..
ku doakan ia kekal sampai ke akhir hayat..
pertemuan cinta yang takkan berhenti di tengah perjalanan perhubungan..
insyaALLAH....=)

p/s: sangat bahagia walaupun esok nak exam...hihi..hati sangat tenang..