BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

me...

me...

Thursday, February 23, 2012

Kehilangan seorang kawan....

Hari ni aku sangat terkejut dan sebak sekali mendengar pengkhabaran daripada teman-temanku bahawa seorang sahabatku semasa di matrikulasi dulu yang juga merupakan pakwe ex -roomateku kat matrik meninggal dunia. Roomate aku cakap arwah jatuh bilik air dan terus koma semalam. Tapi hari ini dia dah tiada di dunia ni. ALLAH lebih sayangkan dia. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin~ al-fatihah...


p/s: AJAL MAUT datang tanpa mengira usia...YA ALLAH, jika aku dijemput olehMU biarlah tika itu aku sangat berada rapat dan selalu sujud padaMU...huhu... hari yang sangat sedih. moga ex-roomate matrikulasiku, izati tabahkan hatimu... 

Wednesday, February 22, 2012

Cinta Madinah...

Kembali kita berjauhan
Salam terpisah
Senyum tertahan
Rindu berbuah
Sayangmu merendang

Jauh begini hati teruji
Cinta Madinah dalam lembayung
Dalam terlarang
Tersinar yang agung
Bertopang cinta padamu nabi

Di bumi Madinah
Menjadi saksi
Cinta Madinah mekar berseri
Sinaran malar terik mentari
Dijurai dingin malam
Terukir setiamu

Kunjungan rindu
Mengatur alam rindu
Cinta Madinah menyebar harum
Menyebar semarak dalam kasih yang subur
Semarak dalam kasih cinta madinah....

Tuesday, February 21, 2012

Hari ini milik anda...

Apabila anda berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang, kerana hari ini adalah kesempatan untuk hidup. Oleh kerana itu, anda tidak perlulah memikirkan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan yang menghiasinya, Tidak juga dengan hari esok yang belum tentu datang. Hari yang saat ini mataharinya menyinari anda, dan siangnya menyapa anda, membuat anda mampu memandang alam sekitar. Itulah hari anda, maka manfaatkan hari itu sebaik-baiknya! Maka anggaplah masa hidup anda hanya hari ini sahaja, atau seakan-akan anda dilahirkan hari ini dan akan mati hari ini juga.....

p/s : Jangan bersedih - La Tahzan...

Sunday, January 8, 2012

Insan Datang dan Pergi..


Sepanjang hidup kita, tidak terkira insan-insan yang hadir dan yang pergi. Ada yang hadirnya hanya seketika seperti bayu. Dia datang dan pergi begitu sahaja tanpa terkesan apa-apa dan mungkin kita tidak perasan pun akan kehadirannya, begitu juga dengan dia.
Ada pula yang datang dan begitu setia dengan kita tetapi kita tidak rasa pun kepentingan dirinya untuk terus bersama kita. Malah kadangkala mungkin kita rasa lebih baik dia tidak wujud daripada dia tidak memberi apa-apa manfaat untuk kita sehinggalah dia pergi buat selama-lamanya.
Ketika itulah baru kita rasa betapa dia sangat penting untuk kita. Pada masa itu, baru kita perasan kebaikan yang dia pernah buat untuk kita atau untuk insan-lain lain di sekeliling kita.
Pada masa itu juga, sudah tidak guna kita menangis kekesalan kerana tidak menghargai kewujudannya. Hanya doa dapat kita hadiahkan agar dirinya dirahmati di alam sana.
Ada pula yang sentiasa di sisi kita. Di saat kita susah dan juga senang. Dia sanggup buat apa sahaja untuk kita. Namun bagi kita, dia tidak lebih daripada tempat untuk meluahkan perasaan, tempat yang kita cari apabila menghadapi masalah tetapi di saat kita bahagia atau berjaya, kita seakan-akan terlupa akan kewujudannya.
Namun dia masih setia. Bila-bila masa sahaja kita cari dia, dia pasti ada untuk kita tetapi kita perlu tahu, dia juga manusia. Mungkin dia pernah makan hati dengan sikap kita. Cuma di hadapan kita, dia mungkin cuba sembunyikan perasaan itu sebaik mungkin.
Seandainya kita masih dungu, tidak mustahil suatu hari nanti dia akan membawa diri meninggalkan kita. Oleh itu, hargailah kewujudannya selagi mana dia masih di sisi kita.
Ada pula yang hadirnya berbeza dengan apa yang kita duga. Mungkin kita rasa dekat sangat dengannya membuatkan kita rasa mahu sahaja selalu bersama dengannya tetapi kita tidak tahu dalam hati dia mungkin dia rimas dengan kita. Kadangkala kita dapat capai dan genggam tangannya, tetapi belum tentu hati dia, kita dapat selami.
Mungkin kadangkala kita dapat melihat dia ketawa, tetapi kita tidak tahu apa makna disebalik senyumannya. Mungkin dia memang tidak suka berkongsi duka dengan sesiapa atau dia sememangya dia tidak percayakan kita.
Apabila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya, walhal kehadiran kita langsung tidak disenangi dan mungkin juga secara tidak sedar kitalah sebenarnya yang membuatkan dia menangis. Dalam keadaan seperti ini, kita perlu sedar, sebenarnya kehadiran kita banyak menyusahkan hidupnya. Kita perlu faham dia mungkin tidak sampai hati untuk memberitahu kita supaya meninggalkannya dan jangan menyusahkan hidupnya.
Ada juga yang hadirnya memberikan sinar dalam hidup kita. Apabila berada bersamanya kita rasa begitu tenang dan kita rasa tidak mahu berpisah dengannya. Kita sanggup lakukan apa sahaja agar dapat bersamanya. Kita jaga hati dia agar dia tidak terluka. Kita sanggup jadi tempat dia meluahkan segala masalah dia.
Kadangkala kita sendiri tidak sedar yang kita telah menjadi seorang yang sangat baik apabila bersama dengannya tetapi akhirnya, tanpa sebarang sebab, tiba-tiba kita ditinggalkan. Kadangkala kita langsung tidak faham dan tertanya-tanya, kenapa kita ditinggalkan?
Kita rasa kita sudah lakukan yang terbaik untuknya tetapi masih ditinggalkan. Kesannya mungkin sangat mendalam kerana kehadirannya benar-benar bermakna dalam hidup kita. Dalam keadaan ini, kita mungkin akan berubah sepenuhnya. Hati kita cukup terluka sehingga tidak sanggup untuk membuka hati kita untuk kehadiran insan lain.  Kita juga tidak akan mendengar apa sahaja nasihat daripada insan-insan lain di sekeliling kita, hanya masa yang dapat menyembuhkannya.
Ada pula yang hadirnya menyembuhkan luka kita. Hadirnya banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kita agar meneruskan kehidupan. Dia umpama pakar kaunseling untuk kita. Dia banyak mengingatkan kita, menyedarkan kekurangan kita dan mengubah tabiat buruk kita yang mungkin menjadi penyebab kenapa kita ditinggalkan.
Secara tidak sedar, kita sudah pulih daripada luka lama di atas nasihat dan sokongan darinya. Pada pandangannya, mungkin dia ingat kita sudah boleh berdiri sendiri dan mungkin dia rasa kita dah betul-betul pulih. Lalu dia meninggalkan kita.
Bagi kita pula, selama ini kita harapkannya akan terus bersama dengan kita. Kita hanya kuat apabila dia ada bersama kita, sedangkan dia tidak tahu sebenarnya segala kekuatan dan ketabahan itu ada bersamanya. Apabila dia pergi, maka hilanglah kekuatan itu dan kita terus mencari diri. Terasa sudah tidak percaya lagi kepada sesiapa pun, terasa ingin hidup sendiri, berdikari dan tidak mahu bergantung hidup pada sesiapa pun.
Tanpa kita duga atau tanpa kita harapkan ada pula insan yang sebelum ini pernah meninggalkan kita kembali semula ke pangkuan kita. Namun hati kita sukar kita fahami. Mungkin dengan senang hati kita dapat terima dia semula atau mungkin juga kita tidak dapat terima dia kerana sememangnya kita tidak pernah maafkannya kerana meninggalkan kita.
Dalam hati kita meraung dan bertanya, kenapa baru sekarang, bukan tiga atau empat tahun dahulu?
Mungkin juga hati kita dah tersangat keras atau sudah mati. Hati kita sudah tidak dapat terima dia lagi walaupun kita sudah memaafkannya lama duhulu. Mungkin juga dengan kehadirannya semula membuatkan hati kita yang masih berparut kembali terluka kerana dengan kehadirannya menjadikan kita ingat semula kedukaan lalu yang sebelum ini sudah terpadam dalam memori hidup kita.
Begitulah rencah dunia, kita tidak akan tahu siapa kawan dan siapa lawan sehinggalah sampai satu masa kita jatuh. Adakah tangan itu akan menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkannya.
Kita tidak perlu risau memikirkan tangan mana yang akan menghulurkan bantuan dan tangan mana yang akan berpeluk tubuh dan seterusnya meninggalkan kita di saat kita sangat-sangat memerlukannya kerana apabila kita ikhlas menghulurkan tangan tidak kira kepada sesiapa pun, pasti akan ada tangan lain yang akan menghulur di saat kita memerlukan biarpun tangan tersebut bukanlah tangan yang pernah kita bantu dahulu.
Oleh itu, lebih baik kita bersifat ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada manusia. Berharaplah hanya untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Kita juga perlu sentiasa ingat, hidup kita sentiasa berputar. Jika kita pernah meninggalkan seseorang atau melukakan hati seseorang, tidak mustahil kita juga akan dilukai dan ditinggalkan suatu hari nanti dan mungkin kita akan dapat yang lebih teruk daripada apa yang pernah kita lakukan pada orang lain.
p/s: artikel yang sangat bagus untuk dibaca..Kadang-kadang apabila kita rasa marah dekat seseorang , semua yang dibuat nampak buruk pada pemerhatian kita..hati manusia sangat subjektif- mudah untuk marah mudah untuk meluahkan rasa kasih sayang. Apabila kita marah pada seseorang, ingatlah kita pun bukan manusia yang sempurna. pasti ada melakukan kesilapan juga dalam hidup ini. Jadi selagi dia masih bersama kita, hargainya sebelum dia pergi meninggalkan kita....

Saturday, December 31, 2011

Menjelang Tahun Baru (2012)

Tahun 2011 makin merangkak pergi meninggalkan kita..
dalam tahun 2011 ni mesti banyak kenangan dan peristiwa  yang terjadi..
ada suka ada duka..
mesti di tengah malam ni, ramai anak-anak muda dan warga kota yang keluar meraikan
tahun baru dengan percikan bunga api dan konsert-konsert...
tak salah untuk kita meraikannya tapi dalam islam kita mempunyai adab untuk sambutan tahun baru...
saya kongsi satu artikel berkaitan sambutan tahun baru..


Islam Tentukan Adab Sambut Tahun Baru

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
BERASASKAN peredaran bulan dan matahari manusia mencipta kalendar Hijriah dan Masehi. Bagaimanapun, kalendar Masehi lebih banyak digunakan dalam pelbagai urusan, manakala kalendar Hijriah sesekali saja dan itu pun untuk tujuan keagamaan.

Apa pun, kedua-dua sistem kalendar itu atas ketentuan Allah. Ayat 5, surah Yunus bermaksud: *Dialah (Allah) yang menjadikan matahari bersinar-sinar dan bulan bercahaya. Dialah yang menentukan perjalanan setiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat peredarannya masing-masing supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa....*

Rasulullah menetapkan umat Islam mesti mengikut peredaran bulan bagi menentukan bulan dan tahun mereka, bukannya peredaran matahari. Ia bertepatan dengan sabda baginda yang menjelaskan setiap bulan sama ada 29 atau 30 hari.

Jika mengikut kalendar Masihi, kita kini berada di tahun baru. Bagi manusia yang waras, ketibaan tahun baru ini sudah tentu menjadi satu kebanggaan, tidak kira mereka hamba yang taat, suka melakukan maksiat, kufur terhadap Allah atau langsung tidak mempunyai ideologi.

Kebanggaan ini dapat dilihat apabila pelbagai acara sambutan diadakan dan dalam kepelbagaian acara ini, ada yang menjurus kepada keredaan Allah dan tidak kurang pula terjebak dengan unsur maksiat.

Hamba yang takut terhadap Allah menyambutnya dengan penuh rasa keinsafan dan menyesal atas kesilapan tahun lalu, malah berazam untuk tidak melakukannya lagi. Mereka juga istiqamah pada landasan pengabdian.

Mereka yang lalai lazimnya menyambut kedatangan tahun baru dengan pesta yang boleh mendatangkan unsur syirik dan maksiat. Golongan ini, sama ada dalam keadaan sedar atau tidak memekik seperti dirasuk.

Kepelbagaian acara sambutan tahun baru menyebabkan sesetengah masyarakat keliru, yang mana berunsurkan Islam, kebaratan dan langsung menyimpang daripada sebarang ajaran agama di dunia?

Dalam hal ini, Pengarah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata walau apa pun cara sambutan ia perlu diawasi supaya tidak terkeluar daripada adab keislaman.

Menurutnya, semua masyarakat perlu menyambut tahun baru dengan penuh keinsafan, melihat kembali apa yang dilakukan setahun lalu dan cuba berfikir mengenainya supaya menjadi pengajaran dalam menjalani kehidupan.

*Menyambutnya bukan dengan memekik dan melolong. Kita kena bersyukur dan bermunajat, iaitu berdoa supaya mendapat kebaikan pada tahun baru,* katanya, sambil menambah, tiada tegahan dalam Islam terhadap acara menyambut tahun baru masehi, malah mengiktirafkannya.

*Benda macam itu, tiada masalah. Tidak semestinya kena solat hajat. Cuma acara sambutan itu hendaklah ada batasannya,* katanya.

Dr Mahmood Zuhdi berkata, sambutan yang dihiasi dengan pekikan dan sorakan berlebih-lebihan sehingga melalaikan bukan saja dari sudut ajaran Islam, malah langsung tidak disebut dalam agama lain, termasuk Kristian.

*Sambutan seperti itu cara orang terpesong daripada agama. Kristian sendiri ada caranya. Aliran macam itu terjadi disebabkan arus pemodenan. Tamadun Barat sendiri, mereka tinggal agama,* katanya.

Katanya, walaupun hampir keseluruhan orang Barat menganuti Kristian,kebanyakannya memisahkan agama itu daripada kehidupan mereka, malah memperlekehkannya. Justeru, menurutnya, tidak wajar umat Islam di negara ini meniru cara orang Barat khusus mengenai cara sambutan tahun baru, kerana cara mereka itu sendiri terkeluar dari ajaran agama mereka. Dari satu sudut kedatangan tahun baru secara langsung membawa makna usia seseorang itu semakin meningkat dan jangka hayat semakin pendek, menunjukkan kita semakin hampir dengan maut. Walau apa pun aspek ini jarang diambil peduli, melainkan golongan muqarrabin (hamba mendampingi Allah).

Kedatangan tahun baru Masehi ini juga diharap melakarkan detik sejarah yang menggembirakan, bukan lagi peristiwa pahit dengan pelbagai tragedi memilukan seperti tahun lalu yang tidak henti-henti mengejutkan masyarakat. Dalam mengimpikan lakaran manis ini, tekad dan usaha semestinya
dipertingkatkan. Kejayaan sekali-kali tidak datang bergolek. Begitu juga dengan kebaikan, tanpa azam dan pegangan kukuh pada nilai murni tidak dapat dicapai.

Bagi mencorakkan perjalanan hidup sepanjang tahun ini, asas utama perlu ditekankan ialah tujuan hidup, iaitu semata-mata untuk beribadah, bukan untuk berseronok atau sebarang kepentingan lain.
Ini sesuai dengan kejadian manusia seperti dihuraikan Allah melalui sepotong ayat daripada surah al-Dzariyat yang bermaksud: "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku." Merujuk kepada maksud ayat itu, kehidupan manusia tidak lain bertujuan beribadah pada Allah. Pengertian ibadah itu bukan dalam konteks sempit, setakat solat dan puasa, malah meluas sesuai dengan ungkapan *Islam adalah cara hidup.*

Ibadah yang sempurna lahir apabila akidah betul, iaitu mengesakan Allah dan mentaati syariat dibawa Rasulullah. Ini membawa makna ibadah yang dilakukan dengan tidak menetapi kehendak itu sia-sia. Justeru, apabila tindak-tanduk menyimpang dari asas utama itu kehidupan seseorang itu menjadi sia-sia dan tiada makna, walaupun bersama-sama orang lain melangkah ke tahun baru dan mendapat limpahan kesenangan duniawi.

Cabaran dan dugaan menunggu di depan, sama ada dalam rupa keseronokan atau kesedihan dan kesenangan atau kealpaan. Tiada yang mengetahui, selain Allah. Bagi menghadapinya, kita perlu muhasabah diri dan seboleh-bolehnya melakukan yang terbaik setiap hari.

Umat Islam juga harus menjadikan tahun baru ini sebagai titik tolak untuk memperelokkan akhlak, dengan mencontohi peribadi Rasulullah. Baginda contoh terbaik, sehingga diiktirafkan melalui firman Allah, bermaksud: "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad ) mempunyai akhlak yang paling mulia." (Al-Rum:4) Saidatina Aisyah apabila ditanya mengenai akhlak Rasulullah, berkata: "Akhlak baginda itu adalah al-Quran".

Aspek ini merangkumi terhadap Pencipta seperti cinta, taat atau patuh yang tidak terkira, malah bersifat sabar, reda, syukur, takwa, wara', zuhud dan ikhlas dalam setiap amalan. Sesama manusia perlu adil, jujur, suka menolong dan tidak berdengki khianat supaya dengan asas ini dapat menikmati kehidupan dalam harmoni sepanjang tahun.

p/s: selamat datang tahun 2012 ~moga tahun 2012 ni lebih baik dari tahun sebelumnya dan biarlah perjalanan hidup kita sentiasa diredhai olehNYA.. selamat tahun baru untuk semua warga blog!!!! =)

Thursday, December 29, 2011

Buat renungan bersama....


sila tekan tajuk entry untuk membaca...



Situasi 1

Monday, December 19, 2011

Kudrat seorang hamba ALLAH...

SEmakin jauh kita melangkah, semakin meningkat umur kita..
tanpa sedar sebenarnya kita mengalami perubahan..
bukan sahaja fizikal tapi dari emosi dan mental.
perjalanan hidup yang kadang-kadang kita rasakan sangat berliku..
sebenarnya ada sinar di sebaliknya..
tanpa persimpangan, tanpa kepedihan..
perjalanan hidup insan itu adalah kosong...
seperti tin kosong, yang sebenarnya boleh diisi dengan barang yang elok..
tetapi diisi dengan barang yang rosak, punah , dan busuk...
begitu juga hati manusia..
hati yang kosong jika diisi dengan benda yang membawa kebaikan.insyaALLAH makin bersinar..
namun jika diisi dengan perasaan yang tidak elok sudah pasti hati itu bukan sahaja kosong tetapi makin pudar tanpa sinar dariNYA...
tidak bolehkah seseorang manusia itu memaafkan kesilapan orang lain..
walaupun ia satu bebanan yang berat...
kudrat seorang insan, hamba ALLAH seperti kita..
tak begitu sempurna hatinya.. pasti akan ada masa kita melakukan kesilapan..
sebab itu ALLAH memberi kita perasaan untuk merasa sakit, sedih dan masa gembira..
untuk memberi kita peluang untuk berfikir tentang diri sendiri dan memaafkan orang lain..
memaafkan ketidaksempurnaan hati orang lain adalah ubat yang sangat berkesan bagi hati...

p/s: nukilan di atas ini adalah luahan jiwa kudratku sebagai seorang hamba ALLAH.. kadang-kadang diberikan kelemahan untuk menilai kebaikan.. diberikan jatuh untuk merasa nikmat bangun kembali... TERIMA KASIH YA ALLAH...