BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

me...

me...

Sunday, November 24, 2013

Melangkah ke depan..

ALHAMDULILLAH....

Melalui fasa baru dalam hidup..
Selangkah lagi ke depan untuk mengejar cita-cita..
Bermula perjuanganku dalam fasa pekerjaan dan pelajaran..
menimba pengalaman bekerja sebagai RA ataupun nama lain nya (pembantu penyelidik)
dan seterusnya menyambung pengajianku dalam master..
Banyak perkara baru yang aku belajar setiap hari, mengutip suka duka pengalaman
yang akan disimpan untuk esok hari..
Supaya aku lebih tabah dalam menjalani kehidupan di BUMI MURABBI ni...
Aku akan menjalankan projek penyelidikan mengenai pengenalpastian alergen major dalam Penaeus Monodon (nama saintifik bagi Udang harimau hitam)...Semoga penyelidikan ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh ALLAH S.W.T dalam proses menuntut ilmu ini..


~First time dpt kad ni, haha excited sbb tiba-tiba rasa macam orang bekerjaya... Masuk kerja pukul 8 pagi punch kad, blik pkul 5 petang punch kad..hehe macam bekerja pejabat je~ Dulu masa aku jadi guru praktikal, mana nak ada kad punch bagai..hanya rutin harian datang pukul 7 pagi tandatangan kehadiran dan balik pukul 2.30 petang tu pun kalo tak ade aktiviti kokurikulum di sekolah...


Walau apa yang terjadi dalam hidup ini, kita kena selalu percaya kepada ketentuan YANG MAHA ESA kerana DIA LEBIH MENGETAHUI semuanya... dan aku percaya pada pilihan YANG ALLAH BAGI INI....=)

0 comments: