BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

me...

me...

Tuesday, February 22, 2011

MOOd RAjin!!!

Rajin ke????
tgah rajin la ni..
rajin pe??
rajin untuk mengupdate blog..hihi
sudah lama x update blog ni..
kcian org yg dtng melawat blog ak asyik tgk benda yg sme..(haha perasan, cam la ade org dtg tgk blog ang, cehhh!!!)
hihi bukan perasan la tp kenyataan) ...
sebenarnya ak bukan xrajin untuk mengupdate blog ni..
tetapi sebab terlalu sibuk beberapa minggu ni..
exam, asignment, presentation n minggu ni akan ke gunung lang...

cantik kan....=)

hihi excitednya nak p..
buat pe ang p sana??
de fieldtrip,hihi.. menjengah burung-burung n fauna d sana..
mesti burung2 n fauna2 d sana tidak sabar menunggu kedatangan kiteorg..kan3???
hihi sebenarnya fieldtrip ni adalah kerja asement kiteorang untuk subjek ekologi..
selepas gunung lang ni de ag 2 fieldtrip ke kuala selangor dan satu tempat ag menjadi rahsia bg kami sume...
haha xsabarnya raser, mesti adventure kan...
da lama xmerasa adventure selepas camping 3b kelana siswa yg ak sertai pada sem lepas...berjalan sakan la kiteorg sem ni...haha jgn jelez...
update seterusnya selepas blik camping!!! (tunggu.....=))

Saturday, February 12, 2011

Sebagai HambaMU....

Ya Allah... Inilah hamba-Mu

yang meratap mengharap percikan cinta-Mu

Engkau tahu

betapa jelaga nista terus memburu

dosa dan dosa dan dosa

melagukan sonata hawa nafsu

kelu lidahku untuk mengaku di hadapan-Mu

malu jiwaku untuk menatap-Mu....



Ya Allah...

Dalam gundah penuh ragu aku menghampiri-Mu

Menatap diriku sendiri yang selalu berpaling

Sesekali dosa-dosa kusesali

Tetapi berjuta kali kuulangi

Betapa daku harus menghadap-Mu

Sedang seluruh syaraf batinku hanyalah kisah kepalsuan

Sungguh tiada yang mendesakku, kecuali sebuah pengampunan-Mu....

Monday, February 7, 2011

Hari ini...


Menikmati dan bersyukur dengan nikmat ILLAHI...=)

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

di antara kita...



Di antara kita tersimpan satu rasa cinta....
andai kita disatukan maka terjalin sebuah ikatan...
Di antara kita memang punya citarasa yang sama...
kita pastikan bersama walaupun masa belum menentukan..,
kau dan jua ak..
jangan dipisahkan tidak kurela..
ku pertahankan jua perhubungan kita selagi terdaya..
berdoalah kita agar tali kasih ini direstui..
jujur saling percaya haruslah ada..
akan ak berjanji takkan ku mungkiri ..
itulah yang pasti..
engkau xkan kuduakan..
kerna di antara kita memang punya cinta yang sama...